ResdungHidung tersekat yang tidak bertambah baik? Anda mungkin mengalami jangkitan sinus, juga dikenali sebagai sinusitis.Apa itu resdung?Resdung (atau resedung) adalah keadaan di mana lapisan mukosa dalam rongga sinus menjadi radang. Selalunya disebabkan oleh jangkitan virus dan biasanya sembuh dalam 2 atau 3 minggu.Jangkitan sinus berlaku apabila cairan lendir mengumpul di dalam rongga sinus yang sepatutnya dipenuhi udara sahaja, yang membolehkan jangkitan virus dan bakteria.Keradangan dan bengkak dalam hidung boleh menyebabkan tempat sinus anda sakit tekanan. Anda mungkin merasa sakit di dahi anda, di kedua-dua belah pipi anda, di rahang dan gigi atas, atau di antara mata anda dan sakit kepala.Jangkitan Hidung dan Sinus Kronik (Chronic Rhinosinusitis)Resdung yang kronik berlaku apabila rongga dalam hidung dan rongga sinus membengkak dan meradang selama tiga bulan atau lebih lama, walaupun setelah rawatan diberi.Punca-punca dan Risiko Jangkitan SinusSinusitis adalah keradangan dalam sinus yang menyebabkan laluan rongga-rongga tersumbat dan dipenuhi dengan cecair atau lendir dalam sinus. Selalunya ini disebabkan oleh selesema atau alahan hidung. Jangkitan kuman boleh berlaku akibatnya tersumbat rongga tersebut.Perbandingan antara sinus normal (kiri) dan sinus yang dijangkiti (kanan). Perhatikan saluran sinus yang tersekat dengan cecair terkumpul di dalamnya (right).Faktor-faktor yang boleh meninggikan risiko anda mendapat jangkitan sinus:
Selsema berpanjangan
Alahan hidung (allergic rhinitis)
Merokok ataupun sering terdedah kepada asap rokok 'second hand' atau 'passive smoker'
Sistem ketahanan badan / imunisasi yang lemah atau mengambil ubat yang melemahkan sistem imunisasi (contohnya ubat kanser)
Mungkin sukar bagi ibu bapa untuk mengesan jangkitan sinus pada anak-anak mereka.4 Tanda-tanda Resdung Kanak-kanak:Selesema atau simptom alergi yang tidak membaik dalam masa 14 hari
Demam tinggi
Lendir tebal dan berwarna hijau atau kuning gelap yang keluar dari hidung
Batuk berpanjangan lebih dari 10 hari
RESDUNG HERBAL
Rawatan resdung ini menggunakan stick serai wangi untuk mengurangkan alahan resdung.
Anggaran waktu selama 30 minit. Stick dibakar dan dihalakan ke seluruh muka dan telinga supaya hama resdung akan terkumpul.